Zenimax Online Studios ketika Developer Direct telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk The Elder Scrolls Online iaitu Necrom akan dikeluarkan pada 7 Jun untuk PC, 20 Jun untuk Xbox Series, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4.
Penambahan baharu ini antaranya menyertakan kelas baharu iaitu Arcanist yang membolehkan penggunaan tiga jalur kemahiran baharu iaitu Herald of the Tome, Curative Runeforms dan Apocryphal Soldier. Ini merupakan kelas baharu yang ketiga sejak dilancarkan, dan kelas ke-7 secara keseluruhan.
Selain itu, Necrom juga memperkenalkan dua kawasan baharu iaitu Telvanni Peninsula yang berada di sisir Morrowind yang merupakan tempat tinggal kepada ahli sihir dari House Telvanni dan juga tempat beradanya bandar Necrom.
Necrom juga menyertakan Apocrypha iaitu kawasan di dalam Ovlivion yang akan disertakan melalui Chapter iaitu penceritaan kendiri di dalam permainan ini.
Zenimax Online Studios juga telah memberikan peluang untuk pemain mencuba ESO Plus buat masa terhad yang sekaligus memberikan pemain akses kepada penambahan sebelum ini kecuali High Isle dan juga Necrom yang terbaru ini.