Tango Gameworks telah membuat kejutan ketika acara Developer Direct yang berlangsung pada awal pagi tadi, bukan sahaja dengan mengumumkan permainan baharu tetapi permainan tersebut iaitu Hi-Fi Rush sangat berbeza dengan permainan kebiasaan mereka.

Hi-Fi Rush adalah permainan aksi berdasarkan irama dengan setiap apa yang berlaku di dalam permainan ini mengikut rentas muzik runut, ia termasuk jugalah pertempuran dan segala halangan yang perlu dilalui oleh pemain.

Namun, mereka mengatakan yang pemain yang tidak mahir di dalam mengikut irama masih lagi boleh bermain permainan ini sebagai satu permainan aksi, selain itu terdapat juga petunjuk visual yang boleh dipaparkan untuk lebih memudahkan sesi permainan.

Satu lagi kejutan, Hi-Fi Rush sudah dilancarkan untuk Xbox Series, Xbox One dan PC. Hi-Fi Rush ditawarkan dengan harga RM104.90 di Steam serta juga Epic Games Store, RM132 di Microsoft Store dan $29.99 di Xbox Store.

Anda juga boleh main permainan ini tanpa bayaran tambahan melalui Xbox Game Pass ataupun PC Game Pass.

Sohor Kini