Ketika acara Developer Direct yang berlangsung pada awal pagi ini, Mojang Studios telah berkongsi lanjut mengenai Minecraft Legends termasuk juga mengumumkan tarikh pelancaran iaitu pada 18 April 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Bersama dengan pembangun Blackbird Interactive mereka juga telah berkongsi lanjut mengenai tatamain bagi permainan ini, dengan memfokuskan kepada PvP.

Di dalam PvP, pemain bersama rakan secara dalam talian akan bersama untuk membina kubu, mencari bahan mentah dan juga menyerang kubu lawan. Pada masa yang sama terdapat juga piglin yang akan menyerang kedua-dua pihak.

Selain PvP, Minecraft Legends juga akan menyertakan kempen yang boleh dimainkan secara solo ataupun secara koperasi. Mereka juga telah berkongsi lanjut tatamain sebelum ini.

Pada hari pelancaran, Minecraft Legends juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass.

Sohor Kini