Sea LTD yang merupakan syarikat induk untuk Garena dilaporkan oleh Bloomberg sedang membuat penilaian untuk menjual studio pembangunan Phoenix Labs yang buat masa ini terletak di bawah Garena.

Menurut laporan tersebut, cadangan ini adalah untuk mengurangkan kos operasi dan ingin fokus kepada perniagaan utama mereka.

Sea melalui Garena telah mengambil-alih Phoenix Labs pada tahun 2020 dengan bayaran $150 juta.

Phoenix Labs buat masa ini mempunyai dua permainan iaitu Dauntless yang sudah dikeluarkan untuk semua platform dan Fae Farm yang diumumkan untuk Nintendo Switch.

Garena sebelum ini juga tidak lagi menjadi penerbit untuk permainan-permainan Riot Games seperti League of Legends dan Teamfight Tactcis di pasaran Asia Tenggara.

Sohor Kini