Life is Strange 2 Tiba Di Nintendo Switch Bulan Depan

Square Enix telah mengumumkan yang Life is Strange 2 akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 2 Februari 2023 dan juga sudah boleh mula di pra-tempah di Nintendo eShop dengan harga $31.99.

Untuk melihat kualiti grafik bagi permainan ini di Nintendo Switch anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Life is Strange 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC sejak tahun 2018 lagi. Ia adalah permainan kedua di dalam siri Life is Strange, walaupun menggunakan watak dan penceritaan baharu akan tetapi ia berlaku di dalam dunia yang sama dengan Life is Strange yang pertama.

Ia juga adalah permainan terakhir di dalam siri ini yang dibangunkan oleh Dontnod dengan pembangunan permainan terbaru iaitu Life is Strange: True Colors dibangunkan oleh Deck Nine.

Life is Strange dan Life is Strange: True Colors sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch sebelum ini.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Life is Strange 2 di pautan ini yang dimainkan di PlayStation 4 Pro.

Sohor Kini