Albion Online Akan Menerima Pelayan Di Asia Pasifik

Sandbox Interactive telah mengumumkan yang Albion Online iaitu permainan MMORPG akan menerima pelayan baharu iaitu Albion East yang akan dikhususkan untuk pemain berada di Asia Pasifik dan akan memberikan sambungan yang lebih baik kepada pemain di Australia, Asia Timur dan juga Asia Tenggara.

Selain itu, mereka juga mengatakan sebarang acara masa terhad akan bermula dengan masa yang lebih bersesuaian untuk zon masa di benua Asia Pasifik.

Bersama dengan pengumuman ini mereka juga berkongsi treler baharu menyambut “kehadiran” Albion Online ke Asia.

Anda juga boleh layari laman rasmi untuk pelayan Albion East melalui pautan ini.

Albion Online adalah permainan percuma untuk dimainkan, akan tetapi pemain yang berminat boleh membeli Founder Packs yang menyertakan pelbagai kelebihan termasuk juga akses awal kepada pelayan Percubaan Albion East pada bulan Februari ini, sebelum ia dilancarkan secara rasmi untuk semua pada bulan Mac kelak.

Albion Online sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android.

Sohor Kini