Exient Entertainment telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Ultimate Sackboy untuk iOS dan juga Android pada 21 Februari 2023. Ultimate Sackboy merupakan permainan runner berdasarkan IP Sackboy.

Jika berminat, Ultimate Sackboy juga sudah boleh di pra-daftar melalui Play Store untuk pengguna Android bagi mendapat peringatan apabila ia dilancarkan kelak.

Seperti permainan Sackboy untuk platform lain, permainan ini juga tampaknya membolehkan pemain untuk mengepul pelbagai kostum untuk Sackboy. Buat masa ini tidak disahkan jika ia menyokong sesi multi-pemain ataupun boleh dimainkan secara solo sahaja.

Sackboy adalah IP yang dimiliki oleh PlayStation akan tetapi ia sering dibangunkan oleh pembangun pihak ketiga dengan versi konsol dan juga PC iaitu Sackboy: A Big Adventure dibangunkan oleh Sumo Digital.

Sohor Kini