Razer telah mengumumkan yang melalui kemaskini terbaru untuk perisian Razer Nexus dan juga perisian tegar alat kawalan Razer Kishi V2 untuk Android akan menyertakan mod Virtual Controller yang akan membolehkan Kishi V2 digunakan di mana-mana permainan yang ‘touch-screen’ sahaja.

Sebelum ini alat kawalan Razer Kishi atau mana-mana alat kawalan lain hanya boleh digunakan untuk permainan yang menyokong alat kawalan sahaja, melalui mod terbaru ini tampaknya Razer akan memberikan sokongan alat kawalan kepada mana-mana permainan.

Kemaskini ini seharusnya sudah tiba untuk pemilik Kishi V2 untuk Android bermula hari ini melalui aplikasi Razer Nexus. Fungsi ini juga akan tiba untuk Razer Edge sekitar suku pertama tahun ini.

Ini sudah semestinya satu fungsi yang menarik, akan tetapi bagi permainan-permainan yang dimainkan secara dalam talian, berhati-hati menggunakan alat kawalan yang tidak disokong secara rasmi kerana ia mungkin akan dianggap sebagai satu penipuan yang boleh mengakibatkan akaun disekat.

Sohor Kini