Risen adalah permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Piranha Bytes dan diterbitkan oleh Deep Silver pada tahun 2009 untuk Xbox 360 dan PC. 14 tahun kemudian, THQ Nordic telah melancarkan permainan tersebut untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga Nintendo Switch. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Versi ini dikemaskini dengan pilihan grafik yang lebih baik dan menyokong resolusi sehingga 4K.

THQ Nordic mengambil-alih Piranha Bytes pada tahun 2019 yang sekaligus memberi hak kepada mereka untuk permainan-permainan yang dibangunkan oleh Piranha Bytes seperti Risen, Gothic dan Elex.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi satu watak yang tidak bernama dan selepas kapal yang dinaikinya karam di Faranga, dia perlu mengembara di pulau tersebut dan boleh menyertai puak pilihan iaitu Bandit, Warrior of the Order ataupun Mage.

Risen ditawarkan dengan harga RM129 di PS Store, $29.99 di Xbox Store dan Nintendo eShop.

Sohor Kini