Hoyoverse telah membuka sesi pendaftaran untuk sesi beta tertutup bagi permainan akan datang mereka iaitu Honkai: Star Rail. Sesi pendaftaran ini sudah dibuka melalui pautan ini sehingga 2 Februari 2023 dengan sesi beta tertutup akan bermula pada 10 Februari 2023 dan akan menjadi sesi beta tertutup terakhir untuk permainan ini.

Mereka juga telah berkongsi treler untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Honkai: Star Rail ialah permainan RPG taktikal yang agak berbeza dengan genre RPG beraksi yang diperlihatkan pada Honkai Impact 3rd dan juga Genshin Impact. Penceritaan permainan ini dilihat berkait dengan jalan cerita Honkai Impact, tetapi berkisarkan watak-watak mereka sendiri.

Honkai: Star Rail akan dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini