Forspoken Dilancarkan Untuk PlayStation 5 Dan PC

Square Enix bersama dengan pembangun Luminous Productions telah melancarkan permainan terbaru mereka iaitu Forspoken untuk PlayStation 5 dan juga PC. Bersama dengan pelancaran ini, mereka juga telah menyediakan demo untuk versi PC, demo untuk PS5 telah dikeluarkan sebelum ini.

Forspoken adalah permainan aksi pengembaraan dunia terbuka di mana pemain akan menjadi Frey Holland iaitu seorang penduduk di New York telah memasuki ke satu dunia misteri iaitu Athia di mana dia juga telah menerima kuasa melalui gelang tangan yang digelar sebagai Cuff yang juga boleh bercakap.

Semasa penulisan ini, Forspoken telah menerima ulasan yang bercampur baur dengan kebanyakan mengatakan permainan ini sederhana sahaja. Kami akan mengeluarkan ulasan sendiri pada minggu hadapan.

Anda juga boleh lihat spesifikasi untuk PC bagi permainan ini.

Sohor Kini