Pada minggu lepas, Riot Games telah mengumumkan yang sistem pembangunan untuk permainan mereka telah diakses tanpa kebenaran oleh penggodam dan mereka masih lagi menilai kesan daripada perkara tersebut.
Minggu ini, mereka telah mengumumkan yang kod sumber untuk permainan League of Legends, Teamfight Tactics dan juga platform anti-penipuan mereka telah diambil oleh penggodam tersebut. Namun, yakin yang tiada maklumat mengenai pemain yang terkesan.
Riot Games juga telah mengatakan yang mereka menerima emel dari penggodam yang meminta wang tebusan untuk mengelakkan dari kod sumber tersebut ditiriskan akan tetapi mereka telah mengatakan tidak akan memenuhi permintaan penggodam tersebut.
Dengan menjangkakan yang kod sumber ini akan ditiriskan tidak lama lagi, Riot Games mengatakan yang kesan daripadannya akan mengakibatkan lebih banyak perisian penipuan akan dikeluarkan untuk permainan-permainan mereka, akan tetapi mereka mengatakan akan memastikan segala masalah ini akan diselesaikan dengan secepat yang mungkin.
Mereka juga mengatakan beberapa kod sumber untuk fungsi-fungsi yang masih tidak dikeluarkan juga tertiris dan mengatakan tidak semua akan menjadi fungsi akhir bagi mana-mana permainan mereka kerana kebanyakan adalah masih di peringkat percubaan.