Seperti yang diumumkan oleh Blizzard pada bulan lepas, mereka akan kembali menganjurkan kejohanan Overwatch World Cup 2023 selepas 3 tahun tidak dianjurkan akibat pandemik Covid-19. Kejohanan kali ini juga buat pertama kali menggunakan Overwatch 2 yang baru sahaja dilancarkan tahun lepas.

Hari ini, Blizzard telah mengumumkan senarai 36 negara yang akan terlibat dengan pusignan kelayakan untuk merebut 15 slot ke Overwatch World Cup 2023, dengan 1 slot sudah diberikan kepada pasukan dari China.

36 negara ini akan dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut benua iaitu Asia-Pasifik, Amerika dan Eropah/Timur Tengah.

Berikut adalah kumpulan dan juga senarai negara;

  • APAC A – Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan
  • APAC B – Australia, India, Malaysia, New Zealand, Singapura, Thailand
  • AMER A – Kanada, Costa Rica, Guatemala, Mexico, Puerto Rico, Amerika Syarikat
  • AMER B – Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Peru
  • EMEC A – Belgium, Perancis, UK, Itali, Belanda, Spain
  • EMEC B – Jerman, Norway, Poland, Arab Saudi, Sweden, Turki

Bagi pembahagian slot pula, 3 slot disediakan untuk setiap kumpulan ‘A’ dan 2 slot untuk kumpulan ‘B’. Dengan kata lain, Malaysia akan merebut 1 daripada 2 slot di dalam APAC B.

Bagi pemilihan komiti pula yang akan bertanggungjawab di dalam pemilihan pemain untuk mewakili negara di pusingan kelayakan boleh di baca dan juga pohon melalui pautan ini.

Pusingan kelayakan dijangkakan bermula pada bulan Jun dengan Overwatch World Cup 2023 akan berlangsung pada akhir tahun ini.

Sohor Kini