Niantic telah melancarkan permainan terbaru dari mereka iaitu NBA All-World yang kini boleh dimuat turun secara percuma untuk iOS dan juga Android. Seperti kebiasaan untuk permainan oleh mereka, NBA All World juga merupakan permainan berdasarkan realiti terimbuh (AR).

Anda boleh tonton video pengenalan untuk permainan ini di bawah.

eperti mana-mana permainan oleh Niantic, NBA All-World juga memerlukan pemain untuk bergerak secara fizikal untuk mencari pemain-pemain NBA. Apabila berjumpa pemain akan lawan sebelum dapat merekrut mereka ke dalam pasukan.

Selain itu, pemain juga boleh pergi ke gelanggang bola keranjang yang terdekat untuk melawan dengan pemain lain, namun oleh kerana tidak semua negara mempunyai jumlah gelanggang yang banyak, kawasan-kawasan permainan lain juga akan memberikan fungsi yang sama.

Anda boleh layari laman rasmi NBA All-World untuk maklumat lanjut dan juga pautan muat turun.

Sohor Kini