WWE 2K23 Tiba Bulan Mac Ini Untuk PlayStation, Xbox, PC

2K Games telah mengumumkan WWE 2K23 akan dikeluarkan pada 17 Mac 2023 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One dan PC. Menandakan siri permainan gusti WWE ini kembali menjadi permainan tahunan.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah yang juga memperlihatkan John Cena akan menjadi penghias muka depan permainan ini.

2K Games juga telah mengesahkan beberapa mod akan kembali iaitu Showcase yang akan memfokuskan kepada John Cena, Universe, MyFaction yang kini menyokong fungsi dalam talian, MyRise, dan MyGM yang mempunyai lebih banyak pilihan GM, dan pilihan perlawanan.

WWE 2K23 ditawarkan dengan tiga edisi iaitu edisi biasa, edisi Deluxe dan juga edisi Icon.

Sohor Kini