A Space For The Unbound iaitu permainan oleh Mojiken Studio dan diterbitkan oleh Toge Productions telah dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Bersempena dengan pelancaran, ia ditawarkan dengan potongan harga 10%.

Mojiken Studio dan Toge Productions adalah studio pembangun dan penerbitan permainan video dari Indonesia dan permainan ini juga memfokuskan kepada watak Atma yang berada di negara tersebut. Dia mempunyai kebolehan untuk memasuki ke dalam minda orang lain. Bersama dengan Raya iaitu rakannya, mereka perlu melawan satu kuasa misteri.

Ia adalah permainan pengembaraan yang mempunyai penceritaan menyentuh hati. Berdasarkan ulasan-ulasan yang dikeluarkan ia adalah satu permainan yang harus dicuba bagi yang menyukai penceritaan di dalam permainan.

Sohor Kini