2K dan Marvel Entertainment telah mengumumkan yang DLC pertama untuk Marvel’s Midnight Suns iaitu The Good, the Bad and the Undead akan dikeluarkan pada 26 Januari 2023 yang akan membawa watak Deadpool ke dalam permainan tersebut.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Selain Deadpool, DLC ini juga akan menyertakan tiga misi penceritaan, bersama dengan jenis penjahat baharu, naik taraf untuk Abbey dan juga pilihan kostum baharu. Pemain juga boleh berinteraksi dengan Deadpool dan melakukan kajian Food Truck untuk mendapat kuasa tambahan.

DLC ini akan ditawarkan kepada pemilik pas semusim tanpa bayaran tambahan ataupun dibeli secara berasingan.

Marvel’s Midnight Suns sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan Marvel’s Midnight Suns – Permainan Strategi Yang Berkualiti, Mengecewakan Di Bahagian Lain.

Sohor Kini