GSC sebelum ini telah mengumumkan yang tayangan untuk filem animasi The First Slam Dunk akan bermula pada 23 Februari 2023, akan tetapi jika anda tidak sabar menunggu, GSC juga menawarkan tayangan awal pada 11 Februari 2023 di GSC Mid Valley.
Tayangan “Premium Fan’s Screening” ditawarkan dengan harga tiket RM260 dan selain tiket, pembeli juga akan mendapat 1 Box Collectible yang mengandungi Acrylic Stand, Set Lencan, Set Kad Watak, Kad Visual, Keychain dan juga Poster bersaiz A2.
Tayangan ini adalah untuk satu slot sahaja iaitu pada pukul 3 petang dan anda boleh melakukan pembelian tiket di pautan ini.