Netflix hari ini telah berkongsi laporan kewangan mereka bagi Suku Keempat untuk tahun fiskal 2022, di mana mereka telah mengumumkan yang Netflix menutup tahun 2022 dengan 231 juta pelanggan berbayar iaitu 2 juta lebih rendah berbanding jumlah pada suku lepas.

Bagi menambah jumlah pelanggan, mereka mengatakan yang akan memperluaskan lagi penawaran pelan langganan yang disertakan dengan iklan dan mereka juga akan menawarkan pelan perkongsian akaun berbayar pada suku pertama tahun ini.

Di dalam proses menghadkan perkongsian akaun yang menurut Netflix melibatkan lebih 100 juta akaun, jumlah penonton mungkin akan berkurangan kerana yang meminjam akaun tidak meneruskan tontonan mereka. Namun, menjangkakan yang jumlah penonton akan bertambah semula di masa hadapan.

Netflix juga telah mengumumkan Reed Hasting tidak lagi menjadi CEO dengan beliau akan beralih ke jawatan Pengerusi Eksekutif dengan Ted Sarandos dan Greg Peters akan menjadi CEO bersama yang baharu.

Sohor Kini