Selepas sesi undian berlangsung sejak 11 Januari lepas, EA akhirnya mengumumkan senarai Pemain Terbaik Tahun ini untuk kempen “Team of the Year” yang akan berlangsung di dalam FIFA 23 bermula pada 21 Januari 2023.

Berikut adalah senarai pemain yang terpilih;

  • Penyerang
    • Karim Benzema – Real Madrid/Perancis
    • Kylian Mbappe – PSG/Perancis
    • Lionel Messi – PSG/Argentina
  • Tengah
    • Jude Bellingham – Borussia Dortmund/England
    • Kevin De Bruyne – Manchester City/Belgium
    • Luka Modric – Real Madrid/Crotia
  • Pertahanan
    • Achraf Hakimi – PSG/Maghribi
    • Eder Militao – Real Madrid/Brazil
    • Theo Hernandez – AC Milan/Perancis
    • Virgil van Dijk – Liverpool/Belanda
  • Penjaga Gol
    • Thibaut Courtois – Real Madrid/Belanda

Pemain ke-12 akan diundi oleh pemain bermula pada 23 Januari dan mereka mempunyai tiga pilihan pemain iaitu Erling Haaland, Federico Valverde dan Joao Cancelo.

Berikut adalah jadual untuk pemain-pemain ini ditawarkan di dalam FIFA Ultimate Team;

  • 21-22 Januari – Penyerang
  • 23-24 Januari – Tengah
  • 25-26 Januari – Pertahanan + Penjaga Gol
  • 27 Januari – Semua pemain bersama dengan pemain Ke-12

Antara penambahan bagi tahun ini adalah EA juga akan mengeluarkan TOTY Icon untuk memberi versi tambahan kepada kad-kad Icon, berikut adalah senarai Icon yang menerima kad TOTY;

  • Alessandro Nesta
  • Andrea Pirlo
  • Ashley Cole
  • Claude Makélélé
  • David Beckham
  • Edwin van der Sar
  • Gerd Muller
  • Hugo Sánchez
  • Javier Zanetti
  • Nemanja Vidić
  • Robert Pirès
  • Ronaldinho
  • Ruud Gullit
  • Xabi Alonso

TOTY Icon akan mula ditawarkan pada 20 Januari 2023.

FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Kami juga telah mengeluarkan ulasan untuk FIFA 23 dan anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan FIFA 23 – Beralih Ke Generasi Baharu.

Sohor Kini