Netflix hari ini telah memperlihatkan beberapa filem yang akan dikeluarkan di perkhidmatan tersebut sepanjang tahun 2023. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Antara filem-filem yang diperlihatkan adalah Murder Mystery 2 iaitu filem Adam Sandler dan Jennifer Aniston, Extraction 2 lakonan Chris Hemsworth serta Rebel Moon iaitu filem terbaru oleh pengarah terkenal Zack Snyder.
Selain itu, terdapat juga filem lakonan Julia Roberts dan Mahershala Ali iaitu Leave the World Behind, filem A Family Affair lakonan Nicole Kidman, Zac Efron dan Joey King. Jennifer Lopez juga menjadi pembunuh upahan di dalam The Mother dan Gal Gadot pula menjadi perisik di dalam Heart of Stone.
Ingin penceritaan pengembaraan fantasi, Millie Bobby Brown, Angela Basset dan Robin Wright berlakon di dalam filem Damsel manakala John Boyega dan Jamie Foxx akan berganding bahu di dalam filem misteri They Cloned Tyrone.
Jika anda ingin melihat filem-filem menarik lain yang akan tiba sepanjang tahun 2023, anda boleh baca di pautan berikut; Senarai Filem Menarik Sepanjang Tahun 2023.