Astro Shaw dan Warnakala telah berkongsi treler untuk filem animasi Did & Friends the Movie yang akan ditayangkan di pawagam pada 23 Februari 2023. Ini adalah treler pertama selepas berkongsi video acah pada akhir bulan lepas.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Di dalam treler diperlihatkan yang Didi telah dipertanggungjawabkan untuk konsert ulang tahun bagi Pekan Horay oleh Pak Atan tetapi penceritaan bertukar menjadi cemas apabila Pak Atan dan Pak Beruang telah pergi ke Pulau Lagenda dan di dalam keadaan yang bahaya. Didi bersama rakan-rakannya pergi ke Pulau tersebut untuk misi menyelamat.

Sohor Kini