Warner Bros Games telah berkongsi treler baharu untuk Hogwarts Legacy dan treler tersebut memperlihatkan surat jemputan di bawa oleh seekor burung hantu kepada anda, sebagai simbolik untuk menjemput anda bermain permainan ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Selain itu, treler juga memperlihatkan beberapa pelajar dan juga penjahat yang sedang bertempur, termasuk juga ada yang cuba melakukan sihir maut ke atas burung hantu itu sendiri.

Hogwarts Legacy akan dikeluarkan pada PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 10 Februari 2023, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 April 2023, dan Nintendo Switch pada 25 Julai 2023.

Sohor Kini