PlayStation telah berkongsi video yang memperlihatkan permainan-permainan menarik yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 sepanjang tahun ini. Mereka memperlihatkan lebih kurang 22 permainan kesemuannya seperti Final Fantasy XIV, Suicide Squad, Hogwarts Legacy dan Assassin’s Creed Mirage.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Menariknya, kebanyakan permainan yang diperlihatkan adalah permainan yang akan dikeluarkan untuk PS5 sahaja bersama dengan platform lain seperti PC dan Xbox Series tetapi tidak untuk PS4, mungkin menandakan ini adalah tahun terakhir untuk PS4 menerima permainan-permainan baharu.

Jika anda ingin melihat senarai permainan-permainan lain yang akan dikeluarkan pada tahun ini, anda boleh baca artikel berikut; Senarai Permainan Menarik Sepanjang Tahun 2023.

Sohor Kini