Netflix telah mengumumkan yang bersempena dengan ulang tahun ke-30 untuk Mighty Morphin Power Rangers, satu filem baharu iaitu Might Morphin Power Rangers: Once & Always akan disiarkan di Netflix pada 19 April 2023.

Filem ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon asal siri ini iaitu Walter Emanuel Jones sebagai Zack iaitu Ranger Hitam pertama, David Yost sebagai Billy iaitu Ranger Biru pertama, Catherine Sutherland sebagai Kat iaitu Ranger Merah Jambu kedua, Steve Cardenas sebagai Rocky iaitu Ranger Merah kedua, Karan Ashley sebagai Aisha iaitu Ranger Kuning kedua dan Johnny Yong Bosch sebagai Adam iaitu Ranger Hitam kedua.

Bersama dengan pengumuman ini, Netflix juga telah berkongsi beberapa gambar filem ini.

Sohor Kini