Atelier Ryza 3 Ditunda Dari Bulan Februari Ke Mac 2023

Koei Tecmo telah mengumumkan yang tarikh pelancaran untuk Atelier Ryza 3: Alchemist of the End & the Secret Key telah ditunda ke 24 Mac 2023 berbanding 24 Februari 2023 yang diumumkan sebelum ini.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi mesej daripada Junzo Hosoi iaitu penerbit untuk permainan ini. Beliau meminta maaf kerana terpaksa menunda permainan ini dan mengatakan penundaan ini adalah kerana mereka menghasilkan permainan yang lebih luas dengan grafik yang lebih baik untuk permainan terakhir bagi pengembaraan Ryza ini.

Atelier Ryza 3 adalah permainan ketiga untuk siri permainan Atelier yang memfokuskan kepada watak Ryza bersama rakan-rakannya. Permainan pertama dikeluarkan pada tahun 2019, diikuti dengan permainan kedua pada 2021.

Permainan ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, PC dan Nintendo Switch.

Sohor Kini