Episod pertama untuk siri TV The Last of Us dilaporkan menerima 4.7 penonton melalui HBO dan juga perkhidmatan penstriman seperti HBO Max dan HBO Go.
Jumlah tersebut adalah ketiga tertinggi untuk episod pertama bagi kandungan HBO selepas House of the Dragon yang mencatat 9.98 juta penonton dan Boardwalk Empire yang dikeluarkan pada tahun 2020 yang mencatat 4.81 juta penonton.
Siri The Last of Us adalah berdasarkan permainan dengan judul yang sama, untuk musim pertama ia akan mempunyai 9 episod yang akan dikeluarkan setiap minggu. Antara senarai pelakon adalah Pedro Pascal, Bella Ramsey, Anna Torv dan Gabriel Luna.
Sudah tonton episod pertama? Boleh baca rangkuman kami di pautan berikut; [Beberan] Siri TV The Last of Us – Episod 1. Kami juga telah tonton kesemua episod untuk musim pertama dan berkiut adalah ulasan; Ulasan Siri TV The Last of Us – Musim Pertama.