Forspoken Mencadangkan RAM 24GB Untuk 1440p, 30FPS Di PC

Square Enix telah berkongsi maklumat lanjut mengenai Forspoken versi PC melalui satu video yang memperlihatkan fungsi-fungsi yang akan disokong oleh permainan ini dan mereka juga berkongsi spesifikasi PC untuknya.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Jika anda bercadang untuk bermain Forspoken di PC, anda mungkin perlu menaik taraf PC anda kerana ia memerlukan spesifikasi yang agak tinggi. Mereka berkongsi tiga spesifikasi yang diperlukan mengikut tetapan berbeza;

  • Resolusi: 720p, 30FPS
    • CPU: AMD Ryzen 5 1600 / Intel Core i7-3770
    • GPU: AMD Radeon RX 5500 XT / NVIDIA GeForce GTX 1060
    • RAM: 16GB
  • Resolusi: 1440p, 30FPS
    • CPU: AMD Ryzen 5 3600 / Intel Core i7-8700K
    • GPU: AMD Radeon RX 6700 XT / NVIDIA GeForce RTX 3070
    • RAM: 24GB
  • Resolusi: 2160p, 60FPS
    • CPU: AMD Ryzen 5 5800X / Intel Core i7-12700K
    • GPU: AMD Radeon RX 6800 XT / NVIDIA GeForce RTX 4080
    • RAM: 32GB

Forspoken akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PC pada 24 Januari 2023.

Sohor Kini