The Hollywood Reporter telah melaporkan yang Chad Stahelski iaitu pengarah untuk siri filem John Wick akan menjadi pengarah untuk filem “Rainbow Six” iaitu filem berdasarkan novel oleh Tom Clancy yang juga merupakan judul untuk permainan-permainan oleh Ubisoft.

Filem ini adalah filem susulan untuk Without Remorse yang dikeluarkan pada tahun 2021 iaitu filem lakonan Michael B. Jordan sebagai John Clark iaitu salah seorang watak utama di dalam novel Tom Clancy bersama dengan Jack Ryan.

Rainbow Six merupakan novel ke-11 oleh Tom Clancy tetapi yang kedua memfokuskan kepada watak John Clark. Ia dikeluarkan pada 1998 bersempena dengan pelancaran permainan Tom Clancy’s Rainbow Six oleh Red Storm Entertainment sebelum menyertai Ubisoft.

Sohor Kini