Apple hari ini telah mengumumkan generasi baharu untuk penawaran Mac Mini dan juga MacBook Pro yang dikuasakan dengan cip pemprosesan M2, termasuk juga yang baru diperkenalkan iaitu M2 Pro dan M2 Max.

Mac Mini

Terdapat dua model Mac Mini baharu yang diumumkan iaitu satu menggunakan cip pemprosesan M2 dan ditawarkan dengan dua pilihan storan iaitu 256GB dengan harga RM2,499 dan 512GB dengan harga RM3,299. Satu lagi model adalah menggunakan M2 Pro yang ditawarkan dengan pilihan storan bermla 512GB dan ditawarkan dengan harga RM5,599.

MacBook Pro

Bagi penawaran komputer riba iaitu MacBook Pro pula, Apple menawarkan dua model baharu yang dikuasakan dengan cip pemprosesan M2 Pro dan juga M2 Max. Ia hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 14-inci dan 16-inci.

Berikut adalah senarai harga mengikut saiz skrin dan juga storan;

  • 14-inci
    • M2 Pro + 512GB Storan – RM8,799
    • M2 Pro + 1TB Storan – RM10,799
    • M2 Max + 1TB Storan – RM13,199
  • 16-inci
    • M2 Pro + 512GB Storan – RM10,799
    • M2 Pro + 1TB Storan – RM11,599
    • M2 Max + 1TB Storan – RM14,799

Tarikh pelancaran untuk kedua-dua produk ini di Malaysia masih tidak diumumkan lagi akan tetapi ia dijangkakan akan tiba dalam masa terdekat dan seperti biasa pembeli juga melakukan penambahan spesifikasi sendiri di laman gedung Apple.

Sohor Kini