John Williams Tidak Akan Bersara Buat Masa Ini

Komposer terkenal yang kini berusia 91 tahun iaitu John Williams, bertanggungjawab menghasilkan runut bunyi ikonik filem-filem penting seperti Jaws, Star Wars, E.T, Jurassic Park, Indiana Jones dan Superman. Tahun lepas, Williams berkongsi kepada AP yang beliau telah memasang niat untuk untuk bersara selepas selesainya Indiana Jones 5. Idea bersara mula difikirkan selepas membaca Harrison Ford turut akan menjadikan Indiana Jones 5 sebagai filem terakhir filem.

Baru-baru ini dalam temubual antara Entertainment Weekly dan Williams, beliau mendedahkan beliau tidak akan bersara sekarang dan akan terus bekerja sebagai komposer. Antara sebabnya adalah, beliau sedang bekerja bersama Steven Spielberg untuk filem The Fabelmans.

Williams turut menyatakan yang beliau sukar untuk menolak permintaan Spielberg, serta memberitahu beliau tidak boleh bersara dari muzik kerana ia adalah satu kesilapan. Spielberg turut menyatakan beliau sedang mencari jalan untuk memberikan projek kepada Williams, kembali sebagai komposer.

Sohor Kini