Skip to main content

Musim perlumbaan F1 bagi tahun 2022 sudah berakhir dan hanya akan bermula semula pada bulan Mac kelak, oleh itu pelumba-pelumba F1 mempunyai masa lapang yang mungkin diisi untuk berlatih ataupun melakukan aktiviti lain.

Antara pelumba tersebut adalah Max Verstappen yang merupakan juara dunia untuk dua tahun berturut-turut, bagaimana beliau mengisi masa terluang? Dengan berlumba di dalam kejohanan esukan bersama dengan pasukannya ‘Team Redline’.

Baru-baru ini mereka menyertai kejohanan esukan “24 Hours of Le Mans” yang dianjurkan oleh Motosport Games di bawah permainan rFactor2. Namun, perlumbaan yang sepatutnya sepanjang 24 jam ini telah menghadapi masalah pelayan yang mengakibatkan beberapa pasukan tidak dapat meneruskan perlumbaan mereka termasuk juga pasukan Max Verstappen sendiri.

Perkara ini telah mencetus kemarahan dari Max Verstappen dan mengatakan perlumbaan ini adalah “satu jenaka” dan mengatakan penganjur tidak berpengalaman dan tidak dapat mengawal permainan mereka sendiri.

Beliau juga mengatakan telah melakukan persediaan sejak 2 bulan yang lepas tetapi terpaksa mengakhiri perlumbaan kerana masalah pelayan adalah bukan satu perkara yang baik.

Pihak Motosport Games mengatakan yang semasa perlumbaan mereka telah diserang oleh penggodam yang telah mengakibatkan masalah pelayan, namun juga mengakui yang perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan mereka harus melakukan lebih baik untuk mengelakkannya dari berlaku.

Leave a Reply