Penerbit permainan 505 Games telah menganjurkan jualan promosi bersempena Tahun Baharu Cina dengan menawarkan beberapa permainan mereka dengan harga diskaun. Jualan promosi ini berlangsung di Steam dan juga PS Store.
Berikut adalah tarikh untuk jualan promosi ini;
Antara permainan yang ditawarkan adalah Bloodstained: Ritual of the Night, Control Ultimate Edition, Death Stranding, Ghostrunner, Assetto Crosa dan Madshot. Mereka juga menawarkan potongan harga untuk Eiyuden Chronicle: Rising tetapi bukan sebahagian jualan promosi ini, di mana ia hanya ditawarkan pada 29 Januari sehingga 1 Februari sahaja.