Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) telah mengumumkan penganjuran pelbagai kempen bersempena dengan Tahun Baharu Cina iaitu “The Year of Play” yang berlangsung bermula hari ini – dua kempen yang dianjurkan adalah “Purchase PlayStation 5 Now for More Reward” dan “Good Wish Hunting”.

“Purchase PlayStation 5 Now for More Reward”

Kempen “Purchase PlayStation 5 Now for More Reward” berlangsung bermula pada 10 Januari lagi sehingga 28 Februari 2023. Sepanjang kempen ini, sesiapa yang membeli PS5 atau PS5 Digital Edition akan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM180 ribu.

Cara menyertai kempen ini adalah pelanggan yang membeli PS5 dan PS5 Digital Edition perlu mengaktifkan konsol tersebut menggunakan akaun PSN mereka dan mengisi borang untuk kempen ini bersama dengan maklumat konsol tersebut dan juga akaun PSN yang digunakan. Pemenang dipilih melalui jawapan yang terbaik.

Berikut adalah hadiah-hadiah yang ditawarkan;

  • Hadiah Utama – Kad Hadiah ALL IT bernilai RM4,500 x 10 pemenang
  • Hadiah Kedua – Tambah Nilai Touch ‘n Go Bernilai RM2,250 x 40 pemenang
  • hadiah Ketiga – Tambah Nilai PS Store bernilai RM450 x 100 pemenang

Pemenang akan diumumkan pada 22 Mac 2023.

“Good Wish Hunting”

Kempen kedua adalah “Good Wish Hunting” yang akan dianjurkan di PS Store bermula pada 22 Januari sehingga 5 Februari 2023. 100 pemain pertama yang menyelesaikan cabaran dengan memuat-turun 5 sampul Good Wish akan mendapat Kad Tambah Nilai PS Store bernilai RM100.

10 pemain yang mempunyai perbelanjaan terbanyak juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu Sony 43″ BRAVIA Smart TV dan aksesori PlayStation seperti DualSense, dan PULSE 3D. Pemain-pemain lain yang memuat-turun 5 sampul Good Wish akan mendapat potongan 10% di PS Store dan pemain yang memuat-turun sekurang-kurangnya 1 sampul Good Wish akan mendapat Avatar untuk PS4/PS5.

Jualan Promosi Tahun Baharu Cina

Selain itu mereka juga menganjurkan jualan promosi bermula pada 18 Januari sehingga 5 Februari 2023 berikut adalah antara tawaran yang disertakan;

  • Aksesori PS5
    • Pulse 3D – RM399
    • Media Remote – RM119
    • HD Camera – RM249
  • Permainan PS5/PS4
    • Uncharted: Legacy of Thieves (PS5) – RM129
    • Ratchet & Clank: Rift Apart (PS5) – RM129
    • The Last of Us Part I (PS5) – RM209
    • The Last of Us Part II (PS4) – RM89
    • The Last of Us Remastered (PS4) – RM39

Mereka juga akan menganjurkan jualan promosi di PS Store tidak lama lagi. Anda boleh layari laman kempen ini untuk maklumat lanjut – The Year of Play | PlayStation (Malaysia).

Sohor Kini