Musim baharu iaitu musim ketiga untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba akan bermula pada bulan April ini, namun berbanding hadir dengan episod 22 minit seperti kebiasaan, episod pertama adalah 1 jam dengan ia akan turut ditayangkan di pawagam.

Muse SG melalui pengumuman di Facebook mereka telah mengesahkan yang mereka akan membawa episod pertama tersebut untuk pawagam di Singapura dan juga Malaysia, namun buat masa ini tarikh tayangan tidak diumumkan lagi.

Musim ketiga ini yang akan memfokuskan kepada penceritaan Swordsmith Village iaitu Arc yang ke 9 daripada 11 arc di dalam siri ini.

Sohor Kini