Moonton ketika Peringkat Akhir untuk M4 World Championship telah mengumumkan yang tuan rumah untuk M5 World Championship yang akan berlangsung pada bulan Disember adalah Filipina. Pemilihan tuan rumah ini sudah semestinya bukan kejutan dengan Filipina untuk dua tahun berturut-turut mendominasi arena Mobile Legends: Bang Bang bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi juga secara global.

Selain itu, Moonton juga telah berkongsi kalendar untuk kejohanan-kejohanan Mobile Legends sepanjang tahun 2023. Berikut adalah senarai kejohanan yang diumumkan;

  • Januari – M4 World Championship
  • Februari – MPL, National League dan Championship, Regional League
  • Mei – Sukan SEA 2023
  • Jun – MSC 2023
  • Julai – World Cyber Games, Snapdragon Pro Series Challenge
  • Ogos – MPL 2023
  • November – One Esports MPL Invitational
  • Disember – M5 World Championship

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini