Xsolla iaitu penyedia perkhidmatan pembayaran untuk permainan video telah menubuhkan pejabat di Kuala Lumpur yang merupakan pejabat terbesar selepas ibu pejabat di Los Angeles. Presiden Xsolla Chris Hewish mengatakan yang Malaysia adalah pasaran ketiga terbesar di Asia untuk industri permainan video.
Beliau mengatakan yang pasaran permainan video secara global telah mencecah RM 867 bilion dengan di Malaysia sahaja mencecah RM3.4 bilion. Oleh itu beliau mengatakan adalah penting untuk Xsolla berada di tempat yang mempunyai ekosistem permainan video yang kuat.
Setakat ini Xsolla telah menyediakan perkhidmatan mereka untuk pelbagai permainan video dan juga penstriman seperti Twitch, Epic Games,Roblox dan NetEase. Selain Malaysia, mereka juga mempunyai pejabat di Jerman, Korea Selatan, Hong Kong, India, England, China, dan Dubai.
Sumber: The Edge