Steel City Interactive (SCI) bersama dengan penerbit Plaion telah mengumumkan yang permainan simulasi tinju mereka iaitu Undisputed akan dilancarkan di Steam secara akses awal pada 31 Januari 2023. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
SCI telah mengatakan yang mereka ingin menjadikan Undisputed sebagai permainan tinju dengan pengalaman tulen dengan menyertakan visual berkualiti, sistem pergerakan kaki dan tumbukan yang realistik dan juga suara pengadil serta pengacara yang profesional.
Jika anda berminat dengan permainan ini, laman Undisputed di Steam telah dikeluarkan dan anda boleh memasukkannya di dalam senarai hajat.