Epic Games Store meneruskan lagi penawaran permainan percuma minggu mereka dengan menawarkan tiga permainan pada minggu ini iaitu First Class Trouble, Divine Knockout dan Gamedec – Definitive Edition.
First Class Trouble adalah permainan sosial seakan “Among Us” di mana sejumlah pemain akan berada di atas kapal, dan seorang merupakan AI yang ingin melakukan sabotaj dan juga membunuh pemain lain. Berbanding Among Us, First Class Trouble menawarkan grafik yang lebih baik dan realistik.
Epic Games Store: First Class Trouble
Permainan Seterusnya adalah Divine Knockout iaitu permainan perlawanan platform yang menyertakan pelbagai watak berdasarkan mitos-mitos popular. Permainan ini juga akan ditawarkan secara percuma selepas penawaran Epic Games Store ini.
Epic Games Store: Divine Knockout
Permainan ketiga adalah Gamedec – Definitive Edition yang merupakan permainan solo RPG yang meletakkan pemain menjadi seorang detektif dan perlu menyiasat jenayah yang berlaku di dunia maya. Ia mempunyai pelbagai pilihan dialog yang akan memberikan penceritaan berbeza.
Epic Games Store: Gamedec – Definitive Edition
Ketiga-tiga permainan ini ditawarkan secara percuma sehingga 20 Januari 2023, kecuali Divine Knockout yang akan terus menjadi permainan percuma untuk dimainkan. Pada minggu depan, penawaran ini akan digantikan dengan satu permainan iaitu Epistory – Typing Chronicles.