Skip to main content

Ubisoft melalui perkongsian bersama dengan pelabur telah mengatakan yang jumlah pendapatan untuk studio tersebut akan menjadi lebih rendah berbanding jangkaan untuk penutup tahun fiskal 2022/2023.

Mereka mengatakan ia adalah berpunca daripada dua permainan yang dikeluarkan pada tahun lepas iaitu Mario+Rabbids Sparks of Hope dan Just Dance 2023 yang kurang mendapat sambutan dan juga keadaan ekonomi yang mencabar.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos, Ubisoft telah mengumumkan pembatalan tiga permainan yang tidak diumumkan. Mereka juga dijangka akan mengurangkan jumlah pekerja.

Ubisoft juga telah mengumumkan yang permainan Skull and Bones tidak lagi akan dikeluarkan pada awal tahun ini, sebaliknya ia akan tiba selepas 1 April 2023.

Leave a Reply