Kejohanan terbesar Mobile Legends: Bang Bang telah mencatat jumlah penonton serentak tertinggi bagi kejohanan tersebut semasa perlawanan di antara dua pasukan kegemaran iaitu Blacklist International dari Filipina melawan RRQ Hoshi dari Indonesia di peringkat Separuh Akhir Upper Bracket dengan jumlah tontonan sebanyak 4,268,018 menurut Esports Charts.
Daripada jumlah tersebut, penonton dari Indonesia mencatat jumlah tertinggi iaitu 2.68 juta dan platform tertinggi adalah Youtube dengan 3 juta penonton serentak.
Blacklist International adalah juara pada M3 dan melawan pula dengan pasukan tuan rumah iaitu RRQ Hoshi menjadikan ia adalah antara tarikan utama. Perlawanan ini memperlihatkan Blacklist International memenangi dengan skor 3-2 untuk menjadi pasukan pertama ke Peringkat Akhir Upper Bracket.
Dengan M4 akan memasuki kemuncak apabila Peringkat Akhir berlangsung, rekod ini berkemungkinan besar tidak akan berkekalan lama.