Seperti yang diura-urakan sebelum ini, Xbox dan Bethesda akhirnya mengesahkan yang mereka akan menganjurkan penstriman Developer_Direct untuk berkongsi maklumat terbaru mengenai permainan-permainan mereka.

Semasa penstriman ini, mereka kana melakukan perkongsian mengenai Forza Motosport, Minecraft Legends, Redfall dan juga The Elder Scrolls Online. Manakala untuk permainan yang dinanti-nantikan ramai iaitu Starfield, ia akan dilakukan di penstriman lain.

Anda boleh mengikuti penstriman ini melalui Youtube dan juga Twitch mereka selain perkongsian juga akan dilakukan di media sosial yang berkait.

Sohor Kini