Microsoft hari ini telah mengeluarkan kemaskini bagi pengguna Xbox Insider untuk Xbox Series dan juga Xbox One. Kemaskini menjadikan Xbox sebagai konsol pertama yang mempunyai “kesedaran karbon”.

Melaluinya, Xbox kini akan melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga seperti memuat turun ataupun melakukan kemaskini semasa konsol boleh menggunakan tenaga boleh diperbaharui terbanyak, berdasarkan data yang diperoleh daripada sumber tenaga tempatan.

Selain itu, Xbox juga kini menerima satu tetapan menutup konsol yang baharu iaitu Shutdown (energy saving), fungsi ini adalah seperti menggunakan Sleep dengan ia masih lagi boleh menerima kemaskini dan tidak menutup permainan yang sedang dimainkan, tetapi menggunakan tenaga 20 kali lebih rendah. Semasa menggunakan Shutdown (energy saving) fungsi remote tidak boleh digunakan.

Pengguna juga kini boleh menetapkan “Masa Aktif” untuk konsol mereka, semasa masa aktif ini sahaja konsol boleh menggunakan fungsi remote, di luar masa aktif ia tidak lagi boleh digunakan dan akan sepenuhnya ditutup yang akan menggunakan 0.5 W tenaga berbanding 10-15 W semasa aktif.

Fungsi ini tiba bagi pengguna versi beta iaitu Xbox Insider sahaja buat masa ini dan akan tiba kepada semua tidak lama lagi. Anda boleh baca maklumat lanjut di pautan ini.

Sohor Kini