Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) hari ini telah menandatangani memeorandum persefahaman (MoU) bersama dengan APlus iaitu rakan kongsi pendidikan Epic Games di rantau Asia Tenggara bagi menyediakan aktiviti latihan akademik untuk Unreal Engine.
Melalui MoU ini, MDEC akan bekerjasama dengan APlus untuk memperkenalkan projek latihan dan program pengurusan yang merangkumi latihan kemahiran vokasional teknikal serta bimbingan untuk peringkat permulaan dalam bidang permainan AR, VR dan juga XR.
Unreal Engine merupakan enjin permainan video yang dihasilkan oleh Epic Games tetapi digunakan oleh pelbagai pembangun permainan.
Tambah MDEC, selain memberi latihan dan akademik, kerjasama ini juga akan menyediakan peluang perniagaan baharu dalam ekosistem kandungan kreatif digital.
Sumber: Bernama