Netflix telah melancarkan secara rasmi permainan TMNT: Shredder’s Revenge untuk iOS dan juga Android melalui penawaran permainan di dalam perkhidmatan mereka. Permainan ini sebelum ini hanya ditawarkan untuk konsol dan PC, dan kali ini versi permainan mudah alih tiba secara eksklusif melalui Netflix.
Ia adalah permainan beat ’em up tataran tepi dibangunkan oleh Dotemu bersama dengan Tribute Games dan juga Nickelodeon. Ia boleh dimainkan secara berseorangan ataupun multi-pemain sehingga 6 pemain dan pemain boleh menggunakan watak-watak seperti Leonardo, Donatello, Michelangelo, Raphael, April O’Neil, Master Splinter dan juga Case Jones.
Jika anda ingin bermain permainan ini, aksesnya melalui aplikasi Netflix dan memuat turunnya dari App Store ataupun Play Store.