League of Legends Worlds 2023 Akan Berlangsung Di Korea

Riot Games minggu ini telah berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka bagi esukan untuk League of Legends sepanjang tahun 2023. Mereka telah berkongsi format baharu untuk Mid-Season Invitational dan juga Worlds 2023.

Mereka juga berkongsi treler untuk musim baharu ini yang anda boleh tonton di bawah.

Bagi tahun 2023, musim ini dimulakan dengan kejohanan “Season 2023 Kickoff” yang berlangsung selama 2 hari pada minggu ini. Kejohanan ini akan menggantikan kejohanan All-Stars yang dianjurkan sejak lapan tahun yang lepas.

MSI 2023

Bagi kejohanan pertengahan musim iaitu Mid-Season Invitational (MSI) 2023, ia akan berlangsung di London, UK. Berbanding 11 pasukan pada musim-musim lepas, MSI 2023 akan menyertakan 13 pasukan. Kejohanan ini akan dibahagikan kepada dua pusingan iaitu Play-ins dan Peringkat Kalah Mati

Pasukan yang akan terlibat adalah 8 pasukan yang akan melalui Play-ins iaitu 2 pasukan dari LEC, LCS dan LPL dan 1 pasukan dari LLA, CBLOL, PCS, VCS dan LJL. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan juara untuk setiap kumpulan dan juga pemenang Last Chance Qualification akan layak ke Peringkat Kalah Mat.

Tiga pasukan dari Play-ins akan menyertai 5 pasukan yang layak terus iaitu 2 pasukan dari LCK selaku benua yang menjuarai Worlds 2022 dan 1 pasukan dari LEC, LCS, dan LCL.

Worlds 2023

Bagi kejohanan terbesar dan juga penutup untuk musim 2023, Worlds 2023 akan berlangsung di Korea dengan tarikh dan lokasi akan dikongsi kemudian. Kejohanan ini juga melalui perubahan format dengan ia akan melibatkan 22 pasukan dan tiga peringkat iaitu Play-Ins, Stage 2 dan Kalah Mati.

Sebelum bermulanya acara utama, Riot Games juga mengumumkan World Qualifying Series (WQS) yang akan melibatkan perlawanan di antara pasukan empat terbaik dari LEC dan LCS akan bertanding untuk merebut 1 slot ke Worlds 2023. Tambahan benua akan dilakukan pada musim-musim depan.

22 pasukan yang layak ke Worlds 2022 akan dibahagikan kepada 8 pasukan yang perlu melalui Play-In dan 14 pasukan akan layak terus ke Stage 2.

  • 8 pasukan yang perlu melalui Play-in adalah;
    • 2 pasukan terbaik dari VCS dan PCS
    • 1 Pasukan terbaik dari LLA, CBLOL, LJL dan pemenang WQS
  • 14 pasukan yang terus ke Stage 2 adalah;
    • 4 pasukan terbaik LPL, LCK
    • 3 pasukan terbaik LEL, LCS

Dua pasukan dari Play-in akan menjadikan 16 pasukan di Stage 2 dengan 8 pasukan akan melayakkan diri ke Peringkat Kalah Mati untuk merebut kejuaraan Worlds 2023 dan menjadi pasukan League of Legends terbaik di dunia.

Sohor Kini