One Piece Odyssey iaitu permainan aksi pengembaraan terbaru berdasarkan siri anime dan manga popular akan dilancarkan tidak lama lagi pada 13 Januari 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Jika anda masih tidak pasti untuk mendapatkannya ataupun tidak sabar untuk bermain dengan lebih awal, Bandai Namco telah menyediakan demo percuma yang boleh dimuat turun bermula hari ini. Demo ini akan menyertakan bahagian awal permainan dan fail simpanan yang sama boleh digunakan di permainan penuh apabila dilancarkan kelak.

Demo ini buat masa ini hanya tersedia untuk PlayStation dan juga Xbox, manakala versi PC di Steam tidak menerima penawaran yang sama.

One Piece Odyssey adalah permainan yang menyertakan penceritaan baharu tetapi turut ditulis oleh Eiichiro Oda. Di dalamnya, kumpulan lanun bersama dengan Monkey D. Luffy telah ditelan oleh ribut besar di lautan dan membawa mereka ke satu tempat misteri.

One Piece Odyssey adalah antara permainan menarik yang akan dikeluarkan pada tahun ini, anda boleh lihat permainan-permainan lain yang akan tiba di pautan berikut; Senarai Permainan Menarik Sepanjang Tahun 2023.

Sohor Kini