Seperti tahun-tahun yang lepas, masuknya Januari pemain-pemain FIFA akan bersedia untuk mencuba nasib mendapatkan pemain-pemain yang dipilih sebagai sebahagian daripada “Team of the Year”. Bagi FIFA 23, ia bermula sekarang dengan undian untuk memilih pemain sudah mula di buka dan anda boleh melakukannya di pautan ini.

Pemain boleh memilih seorang penjaga gol, empat orang pertahanan, tiga orang pemain tengah dan tiga orang penyerang. Berdasarkan undian ini, pasukan akhir akan diumumkan kelak dengan pemain-pemain tersebut akan menerima penambahan stat dan boleh digunakan di dalam FIFA Ultimate Team. 11 pemain dengan undian tertinggi akan dipilih, EA juga mungkin akan memperkenalkan pemain ke-12 melalui undian lain.

Dengan kejohanan Piala Dunia baharu sahaja selesai, mungkin pilihan oleh pemain adalah berdasarkan prestasi mereka di dalam kejohanan tersebut, oleh itu kita mungkin dapat melihat pemain-pemain Argentina serta Perancis akan menjadi pilihan.

FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Kami juga telah mengeluarkan ulasan untuk FIFA 23 dan anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan FIFA 23 – Beralih Ke Generasi Baharu.

Sohor Kini