Perjuangan dua pasukan Malaysia di kejohanan Mobile Legends: Bang Bang, M4 World Championship telah berakhir apabila Team HAQ dan juga Todak telah tewas di Pusingan Kedua Lower Bracket malam ini. Penyingkiran ini juga adalah pada hari yang sama pasukan bola sepak Malaysia disingkirkan oleh Thailand di kejohanan AFF.

Team HAQ dikalahkan oleh Incedian Supremacy iaitu pasukan dari Turki manakala Todak pula dikalakan oleh The Valley iaitu pasukan dari Amerika Utara. Team HAQ dan Todak sebelum ini telah turun ke Lower Bracket selepas tewas di peringkat Suku Akhir Upper Bracket.

Walaupun bermula dengan cemerlang di peringkat kumpulan, akan tetapi tampaknya kedua-dua pasukan yang mewakili Malaysia perlu berusaha dengan lebih kuat lagi untuk mencuba nasib lagi di kejohanan-kejohanan yang mendatang.

Sohor Kini