Garena telah mengumumkan yang permainan battle royale mereka iaitu Free Fire akan menerima acara kolaborasi dengan permainan aksi popular oleh Capcom iaitu Devil May Cry 5 yang menjadikan acara kolaborasi pertama di antara dua permainan ini.
Buat masa ini mereka tidak mengumumkan secara lanjut acara kolaborasi ini, akan tetapi mengatakan yang ia akan bermula pada bulan Februari dan pemain bakal boleh dapatkan kostum, emote dan juga animasi khas.
Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.